Pages

Thursday, October 29, 2015

The trust relationship between this workstation and the primary domain failed

Sebab
1. Clock pada PC pengguna terlibat telah lari +/-5 minit daripada clock di pelayan AD
2. Akaun objek-komputer (bukan objek-user) telah hilang/berubah/rosak dsbg.



Penyelesaian (Isu Clock):
  1. Kerana hilang Trust dengan pelayan AD, PC terlibat sudah tidak boleh mengesahkan dirinya kepada infrastruktur AD; namun begitu, ia masih boleh menggunakan akaun local atau akaun AD yang pernah di-cache pada PC tersebut jika capaian rangkaian terputus.
  2. Cabut kabel rangkaian pada PC, restart dan cuba login pada PC terlibat menggunakan akaun local Administrator atau AD (yang ada kebenaran Administrator) yang pernah login dengan berjaya sebelum-sebelum ini.
  3. Pantau dan ubah clock pada PC tersebut jika ia telah lari. Sambungkan semula kabel rangkaian, restart PC dan cuba login semula,

Penyelesaian (Isu objek-komputer hilang/berubah/rosak):
  1. Semak dan buat carian objek-komputer terlibat di dalam Active Directory Users and Computers dan pastikan ia masih wujud dan tiada konflik dengan PC lain (penggantian PC lama kepada baru dsbg.).
  2. Kerana hilang Trust dengan pelayan AD, PC terlibat sudah tidak boleh mengesahkan dirinya kepada infrastruktur AD; namun begitu, ia masih boleh menggunakan akaun local atau akaun AD yang pernah di-cache pada PC tersebut jika capaian rangkaian terputus.
  3. Cabut kabel rangkaian pada PC, restart dan cuba login pada PC terlibat menggunakan akaun local Administrator atau AD (yang ada kebenaran Administrator) yang pernah login dengan berjaya sebelum-sebelum ini.
  4. Unjoin PC (dan masuk ke dalam Workgroup).
  5. Ubah nama komputer jika didapati ia konflik dengan PC lain; Restart
  6. Sambungkan semula kabel rangkaian dan join semula PC kepada AD.

No comments:

Post a Comment